Thursday, 10 May 2012

Aktiviti

free glitter text and family website at FamilyLobby.com


Baiklah murid-murid, mari kita tonton sedutan filem ini.




Mari kita tonton pula video ini.



Baca petikan syair di bawah dengan intonasi yang betul.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Tersebutlah kisah dahulu kala
Si Tanggang tingggal di sebuah desa
Bekerja kuat sepanjang masa
Kepada ibu selalu berjasa

Suatu hari datanglah bahtera
Si Tanggang belayar menjadi nakhoda
Meninggalkan ibu miskin dan tua
Menanti pulang anak tercinta

Setelah menunggu sekian lama
Kembalilah Si Tanggang ke desa semula
Membawa pulang isteri jelita
Dengan kekayaan di dalam bahtera

Kerana ibu tua dan hina
Si Tanggang tidak mahu berjumpa
Berasa malu kepada isterinya
Tidak mahu juga mengaku ibunya

Sikap Si Tanggang yang derhaka itu
Menyebabkan kecil hati si ibu
Dengan perasaan sedih dan pilu
Disumpah Si Tanggang menjadi batu

glitter-graphics.com



Wakil setiap kumpulan klik link ini.

 





Mari kita selesaikan teka silangkata di bawah.


PEMBAYANG:

1.  Anak yang menderhaka
2. Di mana ibu Tanggang tinggal?
4. Sama erti dengan kapal
6. Akhirnya Tanggang.......ke desa
7. Sebab Tanggang tidak mengaku ibunya
11. Tanggang disumpah menjadi.....
12. Ibu Tanggang kecil hati kerana anaknya...

KE BAWAH
1. Ibu Tanggang miskin dan......
3. Tanggang telah menjadi.....
5. Isteri Tanggang sangat......
6. Perasaan ibu Tanggang sedih dan.......
8. Siapa yang menyumpah Tanggang?
9. Sama erti dengan desa
10. Lawan perkataan miskin.
***SELAMAT MENCUBA***









Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU

Tarikh                  : 10 Mei 2012 (Khamis)
Masa                  : 10.45 pagi – 11.45 pagi
Mata Pelajaran  : Bahasa Melayu
Tajuk                   : Syair Si Tanggang
Tahun                  : 4 Dedikasi
Bilangan murid  : 37 orang

Objektif : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
         1.    Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks puisi Si Tanggang dengan menyatakan  alasan.
         2.    Meyampaikan maklumat yang dibincangkan dengan ayat yang betul dan tepat.
         3.    Menghuraikan perwatakan watak dalam teks syair Si Tanggang.

Hasil Pembelajaran:
Fokus utama
Membaca
7.2                  Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.
Aras 2 i)         Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa dan puisi dengan menyatakan alasan.

Fokus Sampingan
Mendengar dan Bertutur
3.1                  Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 3 ii)        Membentangkan maklumat yang diperoleh dengan ayat yang tepat.

Menulis
11.3                Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.
Aras 1 ii)        mengenal pasti watak dan perwatakan dalam teks.

SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Sinonim
Kosa kata : desa, bahtera, nakhoda, jelita, derhaka

PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Hormat menghormati, kasih sayang
Kemahiran Berfikir : Mencirikan, menjana idea, merumus
Kecerdasan Pelbagai : muzik, interpersonal.

BAHAN BANTU MENGAJAR:
Internet, borang grafik, komputer, kertas sebak, pen marker, tranperansi, OHP.


Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Soalan:
      1.    Pernahkah kamu menonton cerita ini?
      2.    Apakah tajuk filem ini?
Set Induksi (5 minit)
       1.    Guru menayangkan sedutan filem   cerita Si Tanggang.
       2.    Murid bersoal jawab dengan guru.
       3.    Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran pada hari ini.
BBM: komputer
Sedutan filem Si Tanggang.

KB: Menjana Idea



Petikan syair Si Tanggang.
Langkah 1 (8 minit)
       1.    Guru mengarahkan murid membuka laman sesawang SayangCikgu.
       2.    Murid diarah untuk klik pada sedutan video orang bersyair dan petikan syair.
       3.    Murid diarah untuk membaca syair dengan intonasi yang betul.


BBM: Komputer.
Internet
video

Soalan:
      1.    Pada pendapat anda, mengapakah sikap Si Tanggang berubah?
      2.    Huraikan apakah tanggungjawab seorang anak terhadap ibu yang telah tua?
      3.    Berikan beberapa pengajaran daripada sayair Si Tanggang.
Langkah 2 (10 minit)
       1.    Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.
       2.    Setiap kumpulan memiliki satu komputer.
       3.    Setiap wakil kumpulan diminta untuk klik pada soalan yang diberikan berdasarkan nama kumpulan.
      4.    Secara berkumpulan murid menjawab soalan yang diberikan.
      5.    Wakil kumpulan membentangkan jawapan di hadapan kelas.


BBM: komputer,
Internet
Kertas sebak
Pen marker

KB: menjana idea
KP: Interpersonal
Contoh:
      1.    Meninggalkan ibu yang miskin dan tua.
      2.    Tidak mahu juga mengaku ibunya.
Langkah 3 (10 minit)
      1.    Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
      2.    Setiap kumpulan diminta memilih ayat yang memberikan kesan perasaan dengan menyatakan alasannya ke dalam borang PG yang disediakan.



BBM: borang PG

KP: intrapersonal
Contoh:
       1.    Kepada ibu selalu berjasa – seorang anak yang baik.
       2.    Menanti pulang anak tercinta – kasih sayang ibu.
Langkah 4 (12 minit)
       1.    Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan OHP
       2.    Guru membimbing murid dan membuat penilaian terhadap pembentangan murid.


BBM: OHP
Tranparensi
PG
Teka silangkata.
Langkah 5 (10 minit)
       1.    Guru mengarahkan murid untuk klik pautan silang kata yang disediakan.
       2.    Secara berkumpulan murid melengkapkan teka silangkata yang disediakan berdasarkan Syair Si Tanggang.
       3.    Guru membincangkan jawapan bersama murid.


BBM: komputer internet

KB: menjana idea.

Penutup (5 minit)
       1.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
       2.    Guru membimbing murid merumus isi pelajaran pada hari ini.



KB: merumus

REFLEKSI: